23 August 2009

Catatan ringkas pulang ke kampung

Sempena menyambut Ramadahan, aku pulang ke kampung. Dah dekat 4-5 bulan kot tak balik kampung rasanya last balik bulan Mac - dah nak masuk 4 bulan tak balik hehe.Pada malam hari Khamis menaiki train di Sentral. Macam biasa dari train naik bas ke shahab perdana dan seterusnya turun ke Tanah Merah utk beli tiket bas balik. Pastu ajak Fazli breakfast kat Nasi lemak Mak Tam. Aku agak kecewa sebenarnya kerana kualiti nasi lemak mak tam telah menurun, walaupun sambal cairnya masih tetap best. Dulu ada ikan bilis, papedom, timun, beras wangi. Sekarang tinggal nasi biasa tak berapa lemak, sambal cair dan telur dadar saja. Sebab kegawatan ekonomi kot.

Bali rumah, parentsku terkejut sebab aku tak cakap pun aku nak balik. Naim, adik aku dah sampai satuhari awal. Kat rumah lepak je, tapi kena keluar pergi Jitra jugak sebab pc kat rumah kedua-duany ada kat kedai hantar repair. Tak bolehlah aku tulis blog.

Esoknya dapat balik kedua-dua pc tu. Tapi pc yang pentium 4 lg 775 tu orang kedai tak boleh repair. Aku try repair, tapi stakat boleh boot je. Still ada cmos password takleh nak bypass. Pastu dia taknak detect keyboard and mouse so takleh nak buat apa. Nak format pun tak dah boleh. Dah cuma reset cmos banyak kali tapi pelik ar PC Compaq dia dia still macam tu jugak. Aku rasa ada benda corrupt sbb ayahku tak pernah set password cmos pun.

Malam pergi Jitra Mall kejap rasa macam nak tengok wayang. Ada dance flick, District 9 dan UP tapi timing tak bagus lah. Malam semayang tarawih kejap kat masjid tunjang. Pagi macam biasa sahur nasi goreng dengan telur. Malam bukak puasa makan ayam percik, udang, murtabak (wajib) kurma, air tebu dan lain lain. Malam tarawih kat JItra. Bajet nak tengok wayang tapi malas pulak sorang-sorang pakai baju melayu pulak tu. Last-last balik tidur je.

Pagi pukul 900 dah gerak. Bas pukul 1000. Terasa panjang pulak sebab hujan, sejuk dan lapar. Ada awek kat seblah amik event management kat uitm Shah Alam, tapi dia mcm senyap sikit. Gua tanya sepatah jawab sepatah last-last gua layan tidor je.

Sampai pudu jam 4.00. Amik train ke Pandan, checkout pasar Ramadahan. Esok first day kerja tak taulah macam mana.

No comments:

Post a Comment

Chatbox

1234