Hari 2 - Rabu, 19 Ogos
Breakfast last minute. Facy pandang macam nak makan orang. Aktiviti 3 & 4 ialah perbincangan masalah BM & English. Kali ni pasal management dll. Group kali ni terlebih aktif pulak. Ada sorang akak tu asyik nak bercakap je tak boleh stop. Sorang lagi mamat tu takle sebut R tapi dia memang hebat. Macam orang france russia. Cakap petah plak tu.
Minum pagi makan kueh pastu. Selepas tu rehat kejap. Masa untuk research asalnya utk Pengucapan awam dan public speaking. AKu bantai tidor, part ni aku dah plan awal-awal bawak majalah MIA Accountant Today dan Macpa yang dipinjam dari Irwan dan Zahir so takda masalah. Tambahan pulak roomate Joi bawak laptop, jadi takda problem nak buat research. Untuk pengucapan awam aku amik dari buku MIA tu je - tajuk bagaimana menghadapi kegawatan ekonomi bagi syarikat under topik ekonomi. Tapi aku tak jumpa pulak artikel menarik dalam english, so aku bercadang nak buat tentang cloud computing - berdasarkan pemahaman aku dan tambah sedikit fakta dari wikipedia. Rehearse kejap pastu tidor lagi.
Tengahari dalam pukul 2 pas makan ada aktiviti 5 pengucapan awam. Jumpa classmate lama Ija. Dia macam dulu lagi walaupun dah ada anak satu. Tajuk gua pasal persediaan menghadapi kegawatan ekonomi tu rasanya ok kot. Cuma gua calon ke 3, macam tak sempat prepare.
Petang dalam pukul 500 ada aktiviti 6 - larian. Lelaki kena clock 12 minit (2 minit reserve). Wanita 15 minit. Gua macam biasa pancit la. Gua tak lepas sebab kaki kanan cramp. Tak bolh nak push- push lagi. Ramai lelaki dalam group A, gua je dalam group D dan beberapa orang lelaki obes yang lain hehe. Sebelum lari ada warm up sikit. Masa lari kena kira bendera. Yang ini lain sikit dari PTD. Mungkn sebab nak masuk perkhidmatan akauntan kot. Gua bantai je 52 sebab gua bajet merdeka haha. Pas penat jogging 2.4 kilo ada tarian poco-poco pulak. Aku tengok faci2 laju jer buat poco-poco. Acara wajib dalam kerjaaan kot. Dengan gelek la apa lah.
Note to self 3: Lain kali jogging awal-awal. Pastikan rekod 10 minit 2.4 kilo. Dan pastikan kaki kuat supaya tak cramp.
Balik bilik mandi, lepak rehearse english punya public speaking. Sebab lambat sangat kitorag tak dapat nak makan malam. Belasah je lah, makan kuih dah cukup.Aktiviti 7 PUblic speaking ok sikit. Kali dia ikut volunteer. So siapa bersedia pergi dulu. Gua dengan confident je cakap pasal Cloud computing dan habis on time. 5 minit jer pun tapi prepare macam nak ak.
Note to self 4: Lain kali prepare awal-awal utk public speaking/pengucapan awam since tajuk dia generic. Amik isu semasa/ekonomi/kesihatan/audit dah cukup. Pastikan buat tanpa nota lain kali.
Balik bilik lapar dan letih gile. Tidor terus je. Esok ada satu aktiviti lagi so boleh relaks.
No comments:
Post a Comment