18 August 2009

AGAC Day One

AGAC A.G.A.C - Accounting General Assesment Center

Keputusan telah diumumkan sebulan awal. Tapi aku tak bajet pulak sistem pendaftaran 4hb Ogos dah tutup, tapi according to my ex-colleague, boleh isi borang on the fly- kira walk in lah so tak da hal. Gambar dah siap 8 keping - mahal plak tu, RM18 tapi dapat cd free. Salinan sijil rasanya ada lagi dalam resume. Surat panggilan aku print last minute malam sebelumnya. Siap pergi rumah Awe di padang balang sebab housemate dia dah pernah pergi minggu lepas. Dia cakap sebijik macam PTD, so takde point pun aku pegi. Cuma pesan dia INSTUN tu dalam gile. Hati-hati, kedai pun tak ada.


Hari 1 - Selasa, 18 Ogos

Baju semua sterika siap, pukul 730 pagi dah gerak ke LRT tumpang acik, housemate gua. Budak kolej bising gila dalam tren, macam diorang yang punya. Sampai di KL Sentral, gua try contact gua punya travelling partner, Mahfuzah - budak ofis lama kat Johor dulu tapi takde respon. Nevermind, gua naik atas nak tunngu kejap. Masa naik escelator, sorang mamat african bagi salam, aku jawablah. Pastu berlakulah perbualan panjang, di ringkaskan di bawah.

Afrikan : I thought you're Chinese, so you're Malay Muslim
Gua: Yeah, people say that all the time

Afrikan : Are you sure you are full Malay. I'm from South Africa. We have Malays there too but none are as fair as you. By the way my name is &^(^*
Gua: I think so, maybe I had some Chinese/Thai/Mongolian anchestor that I didn't know.

Afrikan : I studied Master of Engineering in UTM Skudai. I came here by Air Asia. Very cheap and good
Gua: Oh, impressive. So why are you here
Afrikan : I had this friend in KL who is leaving to US on Petronas scholarship to further his study, so I want to visit him
Gua: Oh, great.
Afrikan : But, when I went to his house, there's no one there. Now I left with no money. Can you lend me some money my brother in Islam.
Gua: I want to help you but I'm jobless and I had no money.
Afrikan : I understand, you are also a student right.
Gua : Yes, Sorry I cant help you (while patting his back)

Cerita agak bagus tapi ada loophole. Bagaimana dia boleh datang tanpa telefon kawan dia dulu, kalau dia tau kawan dia dah nak blah. Takkan nak buat surprise visit kot. Satu lagi dia kata dia naik Air Asia, takkan takda save duit untuk balik kalau mampu datang naik Air Asia dari Johor.

Nasib baik Mahfuzah call aku masa tengah sembang dengan dia. Selamat. Mahfuzah trgejut tengok aku pakai tshirt dengan jeans saja. Aku cakap takkan awal awal pagi dah nak pakai formal. Chill out beb.

Pukul 9.00 pagi kitorang naik train KL-Ipoh, berhenti kat Tg Malim. Dalam sejam 15 minit dah sampai. Sampai sana terkejut, tak ada satu teksi pun di situ. WTF. Tanya station master dia kata teksi memang tak masuk situ. Kalau aku sorang aku boleh je jalan ke town, tapi memandangkan bersamaku seorang wanita dengan baju kurung, hasrat terpaksa dibatalkan. Kami lepak kejap di gerai depan stesen sambil sarapan pagi. Aku try tanya orang di gerai sekali dengan tuan gerai sekali. Tak ada yang punya nombor telefon teksi. Gua telefon member, tapi tersilap sebab dia budak unisel, bukan UPSI. Malunya gua.

Nasib baik fuzah ada member yang pernah belajar kat UPSI. Dapatlah satu nombor teksi. Try call tapi tak dapat. Satu lagi nombor kereta sapu. Lepas 20 minit datang kereta sapu tu. Budak sambung master UPSI part timer kereta sapu. Dia ambik RM20 kira OKlah.

Sampai dalam pukul 1200, terlalu awal. Jadi kitorang lepak surau dulu. Check2 rupanya surat panggilan ku tertinggal dalam teksi. Gua call driver tadi, Edy dia sumpah tak mengaku. Takut kena hantar balik kot. And gua check salinan sijil. Rupanya dah tak ada copy langsung dalam file resume gua. And gua tak ada pensel dan pemadam, begitu juga Mahfuzah. Gua pergi libray kejap, tanya dia kalau-kalau ada kedai photostat dan stationary. Dia cakap dah lama tutup. Shit.

Gua call Edy suruh dia datang ambik, tapi dia kata dia dah ada kat KL. WTF, cepat gile sampai KL betul ke mamat ni. Nasib baik gua nampak ada satu teksi masuk hantar orang. Gua amik pergi town dan suruh dia drop dekat kedai photostat. Photostat settle, pastu gua carik stationery. Masalahya, nak cari CC. Sudah betul nak cari CC kat area town tanjug malim. Dua tiga kali gua round tapi tak berjumpa. Dengan panas, pakai formal you all tau la. Rasa macam nak give up dah. Last last jumpa satu cc. Tapi takleh print. Angin je. Gua jumpa lagi satu cc, boleh print dan sempat la facebook kejap.

Pas dah settle, gua amik teksi ke INSTUN balik. So total pegi balik RM36.Aku makhluk tuhan yang naik teksi. Sampai sana gua pun prepare la barang. Gua bukak sampul yang ada gambar. Tapi yang musykilnya tinggal CD saja, gambar sekeping pun takda. Tercicir kat mana pulak kata gua. Takkan ada orang curi kat dalam surau kot, aku bukanny hensem pun. Gua dah hampir give up dengan dugaan. Rasa macam nak balik. Nasib baiklah terperasan ada resume lama-lama gua. Gua koyak 2 gambar dari resume lama dan bagi pada diorang. Gambar lama masih kurus dan hensem, jadi diorang pandang gua macam iklah fair and lovely pulak. Mentang-mentang lah gua dah boyot, botak dan tak hensem. Diorang bagi aku nombor badan 208. Pakai setiap masa katanya. Lupakan nama sebenar, anda kini dikenali dengan codename 208.

Note to self 1: Lain kali prepare awal-awal.

Tapi alhamdlillah lepas jugak. Amik kunci jumpa roomate kejap pastu gua naik bilik. Penat juga area instun ni berdekatan banjaran titiwangsa. Memang berbukit. Roomate gua sempoi gile, orang kedah jugak. Nasib baik dia bawak kereta, kalau tak memang susah jugak nak jalan dari asrama ke dewan/kelas time hujan.

Tepat 530 kami bergerak ke dewan untuk menunggu. Selepas itu ke kelas untuk ujian sahsiah dan minat. 500 soalan objektif yang sangat mengonfusekan. Pas settle, makan, balik bilik kejap.

Pukul 830 ada taklimat ringkas. Pukul 900 ada aktiviti 1 dan 2 - penyelesaian masalah IQ berkumpulan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Semua nampak penat dan aktiviti agak mandom.. Gua memang tak boleh blah masalah IQ, memeningkan kepala gua yg tak bolh fikir dgn betul dalam masa yang singkat. Banyak soalan style teka siapa dia etc.Tapi group kami habis awal, jadi lepak jap kat luar sembang-sembang dgn awek #211 yang sangat sweet. Rugi tak ambik no telefon dan tanya nama dia.

Note to self 2: Lain kali banyakkan training buat ujian IQ style what if gitu.

Balik singgah cafe jap tapi tak supper pun sbb takut minum nescafe tak dapat tidor. Bali rumah tido je. Roomate Jon kesian kena settlekan keje bos dia malam ni juga sebelum tidor. Dia keje kat Fischer kot, umur setaun lagi tua, tapi tak kawin lagi. Pakai Gen 2 Biru, rumah kat Puchong.

No comments:

Post a Comment

Chatbox

1234