Malam ni aku follow Irwan COD camera Sony dia. Dapat gak jual dengan sedikit markup jadi tak rugi. Sembang dgn brader cameraman sambilan tu punyalah lama. Dan aku tak boleh mencelah langsung sebab aku buta bab-bab terminologi kamera. Yelah, dslr kan hobi orang-orang kaya. Bagi aku dslr+lens beginner = PS3+xbox360+wii dah harga dia hehe.
Selepas urusniaga menjual kamera di Wangsa Maju bersama Irwan, kami singgah untuk makan (lewat malam) di Mali corner, Malinja, Taman Bunga Raya, Setapak. Macam biasa nasi lemak double ayam telur goreng menjadi pilihanku dan Irwan tetap tegar dengan charkeuhtiawnya. NL vs CKT hahahha (inside joke).
Awek-awek muka eksotik masih bekerja di situ. Sungguh ku tak sangka. Daripada masa sebelum aku menganggur (tak silap aku first time makan situ masa datang interview pertama di KL, iwan bawak), sampai aku start keje kat setapak - (selalu gak lepak situ sebab ofis dekat), then lompat ke BUkit Jalil dan yang terakhir di Johor. SUdah Dua tahun 7 bulan. AKu sudah bertukar kerja sebanyak 3 kali, tapi awek-awek tu masih lagi setia bekerja di Malinja, menyediakan nasi lemak double ayam telur goreng untuk aku makan. Adakah mereka dibayar gaji 5 angka sebulan? Siapa tahu.
Mungkin aku boleh belajar dengan mereka bagaimana cara untuk kekal setia di satu tempat kerja tanpa melompat-lompat.Yang penting fokus, dan ada komitmen. Fokus boleh cari, tapi komitmen kenalah kahwin atau beli kereta.
No comments:
Post a Comment