Aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur selepas 5 jam perjalanan, selepas setahun sepuluh hari di selatan tanahair.Finally I'm back. Percayalah aku tak akan tinggalkan kamu lagi KL.
Tidak banyak yang berubah di KL. Lebuhraya Duke sudah siap sepenuhnya, sekarag sudah ada jalan alternativ yang kurang sesak jika mau brtandang ke rumah lama dia Sentul. Proses pembesaran jalan di Setapak juga nampaknya telah selsai. Harap dapat kurangkan kesesakan di situ.
Aku mentap di Pandan Indah, di rumah irwan dan acik. Sewa 4 orang dalam RM250 termasuk utilities. Ada kolam renang. Ada p1 wimax 24 jam dan stremix mobility jiran sebelah sebagai backup. Astro pun ada. Aku boleh dapat sewa lebih murah di Sentul mungkin serendah RM90 termasuk api dan air, tapi keadaan disana sangat padat - dan tiada internet.
Duit simpanan aku setelah dikira mampu untuk bertahan selama 5-6 bulan lagi, jika tidak terlalu boros berbelanja. Duduk rumah masak sendiri lah nampaknya. Ada park kat sebelah kondo boleh joging.Kalu aku naklah.
P/s: Terima kasih banyak-banyak kepada encik Mijie, kerana sudi menumpangkan saya dan barang-barang saya yang banyak. Ada lebih separuh lagi di JB entah bila mau ambik.
No comments:
Post a Comment